About Me
Tiada yang menarik pun nak diceritakan mengenai diri ini. Sueella hanya manusia biasa yang dilahirkan sekadar untuk menumpang teduh di duniawi yang fana ini. Dilahirkan pada tanggal 29 November 1981 iaitu 28 tahun yang lalu oleh seorang ibu yang mempunyai 5 orang anaknya yang lain. Sueella merupakan anak kedua dari 6 adik beradik. Dilahirkan di negeri Jelapang Padi nun di utara Semenanjung Malaysia. Kedah Darul Aman negeri yang menjadi memori kenangan indah tempat Sueella dibesarkan. Mendapat pendidikan di sekolah Men. Keb. Tajar yang kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 di sekolah menengah Sultanah Asma pada tahun 1999, di Alor Setar. Mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada January 2002 setelah mendapat pekerjaan sebagai kerani tetap Tenaga Nasional Berhad. Namun Sueella terpaksa mengundurkan diri pada Jun 2006 disebabkan komitmen yang tinggi pada perniagaan suaminya.
Menjadi seorang wanita yang bergelar isteri kepada suaminya adalah anugerah terindah yang Sueella rasakan sepanjang perjalanan hidup Sueella. Berada di sisinya seorang suami yang memahami sikap Sueella yang serba kekurangan itulah yang selalu mengharukan hati Sueella walaupun agak lambat untuk memberikannya zuriat setelah 6 tahun bersamanya. Detik indah pada tanggal 21 September 2003 telah diijapkabulkan. Menjadi seorang ibu kepada seorang anak lelakinya pada tanggal 06 Julai 2009 menjadi satu lagi detik indah yang terukir di memori kehidupan Sueella.
Mula aktif berblogging di blogspot pada Jun 2008 atas jemputan daripada seorang sahabat yang banyak membantu kehidupannya di dunia siber iaitu dari Greenboc . Sueella pun minat politik juga kerana merasakan kecewa dengan ketidakadilan pemerintahan sediaada tetapi kenapa Sueella tidak membuat blog tentang politik? Ini kerana Sueella lebih suka melihat dari jauh suasana politik yang kian berkecekamuk dengan bermacam karenah pemimpin sediaada itu. Suami Sueella menggalakkan Sueella berdakwah tentang sunnah nabi. Oleh yang demikian, Sueella terus kekal berbloging tentang agama. Pada mulanya blog Pesanan buat diriku yang sering lupa!! menceritakan tentang diari seorang insan bernama Suhaila. Namun atas nasihat dari suami Sueella supaya tidak menceritakan hal² peribadi kerana boleh mengaibkan diri Sueella dan watak2 yang diceritakan, maka Sueella hanya menyampaikan artikel ilmiah sahaja. Bersama Kelab Greenboc banyak menyimpan memori suka duka Sueella bersama mereka. Namun, disebabkan komitmen yang tinggi pada hal² lain yang perlu diutamakan Sueella jarang bersama mereka. Sebelum ke dunia Blogspot sebenarnya Sueella dah berjinak-jinak dengan wordpress atas bimbingan daripada seorang teman di dunia siber juga iaitu Mnazman . Banyak perkara juga yang Sueella belajar tentang web dan Blog darinya. Tentang Cpanel dan sebagainya. Mengenali Sulaiman seorang rakan sekerja di TNB, Sueella juga banyak belajar menegenali kod2 html dan tentang design web. Daripada beliau juga Sueella mengenali Hafizin yang mencadangkan menggunakan perkhidmatan membuat web darinya iaitu pada tahun 2006. Namun web itu masih banyak perlu diperbaiki.
Blog pertama yang Sueella hasilkan ialah blog.qdw.com.my pada tahun 2007 namun blog itu Sueella telah tinggalkan kerana ada masalah teknikal tentang penukaran dns server pada domain tersebut kerana pada masa itu Sueella masih lagi menumpang hosting di xtremextvt.com kerana tidak mampu membeli hosting yang mahal seperti sekarang. Web itu pun sudah expired. Menggunakan hosting dari exabytes amat membantu-support Sueella sekiranya Sueella mengalami masalah error pada web/blog yang Sueella ada walaupun Sueella bukannya pandai sangat berkomunikasi dalam bahasa english dengan mereka. Namun Sueella dapat memahami apa yang mereka sampaikan melauli pakcik kamus yang sueella ada.. hehe
Sueella juga banyak belajar daripada koleksi ebook yang sueella beli. Anda boleh dapatkan ebook tersebut dari senarai affiliate di bawah tetapi pastikan dari id su_qdw.. bantulah Sueella dalam menjana pendapatannya.. hehe
- Belajar Cpanel
- Teknik Ninche
- Model Bisnes Internet
- Rajaaffiliate
- RajaAdsense
- Penulis Ebook
- Bloggingsteps
- Saifulsham
- Video Sistem Kedai Online
Walaubagaimanapun Sueella rasa web QDW Store pun sudah membantu Sueella dalam menambahkan Customer sediaada hasil design dari Hafizin pada mulanya, kini telah di design oleh Apit tetapi jika ada kesempatan waktu Sueella nak edit blog Sueella-Eshop segalanya Sueella akan ceritakan tentang air. Daripada hafizin juga Sueella banyak belajar tentang web darinya. Kemudiannya Sueella terjun semula ke Wordpress atas bimbingan dari seorang sahabat siber lagi iaitu dari Kamezaim pula. Basic mengenai wordpress sueella sudah ada cuma ingat2 lupa nak menggunakannya semula kerana sudah agak lama meninggalkannya dan rasa dah macam serasi dengan blogspot. Namun apabila Sueella rasakan adalah lebih baik menggunakan wordpress dengan menggunakan domain sendiri dari menggunakan blogspot, maka dengan itu Sueella kembali ke dunia wordpress. Berkat tunjuk ajar dari Zaril dan juga pakcik google sueella berjaya juga mengaktifkan diri dalam dunia blogging. Sueella juga banyak belajar dari pusat kecantikan blog iaitu dari Eriza, Marzuki , Ein tiga nama ini amat penting bagi Sueella dalam mencantikkan blog. terutamanya di blogspot.
Itulah serba sedikit pejalanan hidup Sueella yang boleh Sueella ceritakan setakat ini. Di kesempatan ini juga Sueella ingin ucapkan jutaan terima kasih Sueella pada semua rakan-rakan siber yang banyak membantu Sueella selama ini terutamanya pada sahabat2 siber yang sueella sebutkan di atas. Atas ilmu yang dicurahkan itu Sueella kini sudah pandai berbloging sampai sekarang. Jasamu semua Sueella dikenang selagi hayat dikandung badan.
psst** kepada nama2 di atas yang disebutkan.. silalah komen.. hehe.. org lain nak komen pun boleh. Pasti ada bertanya kenapa menggunakan nama Sueella ek.. nama itu ada sejarah disebaliknya.. nak tahu ke? nantilah Sueella ceritakan..






























November 17th, 2009 at 5:44 pm
Uih, nama kamezaim pun ada lerr.. ngee Alah, biasalah tu.. Tak tahu tanya, dah tahu bagitahu.. kekeke Uih,..
November 17th, 2009 at 10:45 pm
hehe.. Terima kasihlah kerana sudi memberitahu..
November 18th, 2009 at 8:25 pm
Sue, sharing is caring.
So, takde hallah.
Terima kasih kerana memberikan penghargaan.
November 19th, 2009 at 11:04 am
hehe.. tqvm kak wan.. Jasamu dekenang.. nak bagi award pun.. nak kena design award dulu.. hehe..nanti2lah.. ingat nak bagi juga kak akak nih..
November 20th, 2009 at 2:58 pm
Teruskan usaha murni berblogging ini.. dimensi dakwah itu luas, begitu juga uslubnya.
Semuga sue sentiasa di dalam rahmat dan penjagaan Allah.
November 20th, 2009 at 4:37 pm
Syukran akhi GB kerana banyak membantu sue selama nie. Tanpamu.. mungkin sue tak aktif berbloging sampai sekarang. Terima kasih juga kerana mendoakan Sue. Semoga akhi GB pun sentiasa dilindungi Allah. Takziah sue ucapkan atas pemergian ibundamu di sisi. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan akhi GB tabah menghadapinya.
November 20th, 2009 at 10:24 pm
ok aje karangan ni
November 20th, 2009 at 10:54 pm
uithh.. karangan la pulak.. huhu.. lain yg mintak di komen.. lain pulak dia komen.. tp leh bg A++ ke.. hehe
November 21st, 2009 at 7:53 am
hehehe iEn xpandai bg komen
tu pasal bagi A+ je karangan, XXL pon boleh hehe
November 22nd, 2009 at 11:04 am
uithh.. XXL tu ape lak pulak maksudnye.. tak peham si Sue nih..