Archive for the ‘Amal Salleh’ Category

Susulan Yang Harus Kita Lakukan Walaupun Ramadhan Telah Berlalu

October 13th, 2008

Rasa Syukur/Terhutang Budi

Sekiranya tidak ditunjukkan rasa syukur, Allah mungkin menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang menerima nikmat atau rahmat tersebut. Contohnya, dalam surah Al-Kahfi, pemilik kebun itu dihukum oleh Allah dengan kebinasaan kebun itu sendiri (kebun itu pada asalnya merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah). Begitu juga dengan nasib Firaun yang bongkak membanggakan sungai-sungai yang mengalir dibawahnya. Allah menjadikan air sungai tersebut memusnahkan Firaun hingga dia lemas dalam air yang dibanggakan itu.

Bagaimana cara kita berterima kasih kepada Allah atas rahmat/nikmat yang dikurniakan?

Rasa syukur/terhutang budi tertegak atas tiga tiang.

Rasa Terkesan Dalam Hati Perasaan Bersyukur Yang Teramat Sangat

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah (surah 5) ayat 7 “ Dan kenanglah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya) kepada kamu, serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “ kami dengar dan kami taat (akan perintah Allah dan Rasulnya).” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dadamu” Ingatlah nimat Allah. Tanamkan dalam hati, perasaan syukur yang mendalam. Sebutlah, “Ya Allah, hanya dengan rahmatMu dapat aku berpuasa. Hanya dengan rahmatMu dapat ku jalankan ibadah Qiamulail, iktikaf, khatam Quran… Hanya dengan belas kasihanMu.. Hanya Engkau yang membolehkan aku melakukan semua itu… Ya Allah, Engkau membuka berbagai pintu untukku… Engkau terus memberikan aku berbagai rahmat…”. Seterusnya , cuba renungkan dan ingat kembali saat-saat yang dialami pada bulan Ramadhan-misalnya, saat ketika kamu paling khusyuk dalam solat. Saat kamu rasa amat hina dan daif serta tertunduknya perasaan angkuh dalam diri, saat kamu rasa teramat hampir dengan Allah, saat kamu melawan keras keinginan untuk tidur. Kesemua ini adalah rahmat daripada Allah. Merayulah kepada Allah dengan doa, “Ya Allah, peliharalah segala nikmat ini untukku, tambahkanlah nikmat ini untukku. Ameen Allahumma Ameen.”

Inkisa’ar (Rasa Daif Hina/Rendah Hati)

Inkisa’ar bermaksud rasa kedaifan diri iaitu menundukkan perasaan angkuh dalam diri di hadapan Allah dengan penuh perasaan hina dan rendah hati. Kita telah menikmati kebesaran Allah. Orang yang amalannya diterima oleh Allah akan berasa bahagia dengan pemberian Allah. Dia akan merenung segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah. Sedarilah bahawa semua kebaikan yang kita terima datang sepenuhnya dari Allah. Kita mungkin memasang 3 buah jam loceng untuk mengejutkan kamu dari tidur tapi hanya dengan izin Allah saja kamu akan dapat bangun mengerjakan ibadah Qiamulail. Kita perlu rasa rendah hati kerana kesemua itu datang daripada Allah. Sifat buruk seperti membazir masa untuk berbual kosong, berbalas mesej (sms), chating, dan perkara negative yang datangnya dari diri kita sendiri akibat kelemahan diri kita. Ibadah yang kamu lakukan, kesemuanya datang daripada Allah. Sebutlah, “ Ya Allah, Yang Maha besar.

Sedarilah bahawa semua kebaikan yang kita terima datang sepenuhnya daripada Allah. Kita mungkin memasang 3 buah jam loceng untuk mengejutkan kita dari tidur tetapi hanya dengan izin Allah sahaja kita akan dapat bangun mengerjakan ibadah Qiamullail. Kita perlu rasa rendah hati kerana kesemua itu datang daripada Allah. Sifat buruk seperti membazir masa untuk berbual kosong, berbalas mesej (sms), dan perkara negative datangnya daripada diri kita sendiri akibat kelemahan diri kita. Ibadah yang kita lakukan, kesemuanya dating daripada Allah. Sebutlah, “Ya Allah, Yang Maha Besar, Engkaulah yang memberikan ku segala kebaikan, kesemuanya daripada Engkau Ya Allah,”. Apabila kita benar-benar merasakan semua kebaikan datang daripada Allah, maka itulah sebenarnya perasaan syukur.

Dalam surah Al An’aam surah 6 ayat 162 ada disebut perkara yang bermaksud, “katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam ”. Dengan itu, tanamkan persaan rendah hati serta daif hina hingga dapat menundukkan perasaan angkuh dala diri. Rasai kebesaran Allah iaitu kuasa mutlak Allah swt (seperti yang disebut dalam surah Al- Kahfi surah 18 ayat 39,
“ tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah ”.

Dalam setiap amalan yang dilakukan, perhatikan dua perkara:
Kebaikannya datang daripada Allah, dan apa-apa keburukannya datang daripada diri kita sendiri.

Muhasabah Diri

Ini bermaksud sikap mengambil tanggungjawap terhadap perlakuan diri sendiri. Ramadhan merupakan kayu pengukur kita. Contohnya, untuk menentukan adakah hati kita kini seperti pada bulan Ramadhan? Adakah solat kita kini seperti pada bulan Ramadhan? Adakah kita menjaga lidah kita seperti pada bulan Ramadhan? Adakah peribadi kita kini terjaga seperti pada bulan Ramadhan? Cuba bayangkan jika Allah berkata, “ hambaku, setelah Ku izinkan kau menikmati kemanisan Ramadhan, aku berikan mu cahaya, Aku melepaskan mu daripada belenggu kehinaan, dan keluarkan kamu dari kegelapan (melalui ibadah Qiamullail).. maka bagaimana kamu boleh membelakangkan itu semua? Sekiranya kamu jahil, mungkin kamu dapat dimaafkan, tetapi kamu dikurnikan nikmat!”

Bagaimana boleh terjadi seseorang yang telah memegang Al Quran, membacanya, memahami maksudnya, menghayatinya dalam kehidupan ketika Ramadhan, tetapi kemudian meninggalkannya selepas Ramadhan?? Bagaimana boleh terjadi seseorang yang telah berdiri malam seorang diri menjalani ibadah Qiamullail, telah menikmati kemanisan berjaga malam berbicara dengan Allah, tetapi kemudian meninggalkan itu semua? Selepas Ramadhan, kamu menghabiskan masa bergelak ketawa, tidur, menonton TV! Sebenarnya, kehidupan pada bulan Ramadhan dan selepas Ramadhan tidak patut berbeza. Kehidupan pada bulan Ramadhan harus menjadi contoh tentang ara bagaimana kita patut menjalani kehidupan harian kita.

Ikhlas

Hati kita perlu sentiasa di suatu tahap suci – bersih iaitu jujur ikhlas. Sekiranya seseorang menghayati Ramadhan dengan ikhlas, dia tidak dapat patah balik ke belakang. Contohnya, jika seseorang sedang berpuasa dan terdapat buah kurma serta air di depannya, kemudian ada orang menyuruh dia minum dan memakannya, sesetengah orang akan berkata, “ saya tidak boleh merosakkan puasa saya”, sedangkan seorang lagi akan berkata, “ saya tidak boleh makan atau minum sehingga Tuan saya (Allah) memerintahkan saya (berbuka puasa)”- nampak atau tidak perbezaannya??

Istiqamah

(kesinambungan, berpegang teguh secara berterusan, tegas).

Seorang mukmin akan terus beristiqamah atau berpegang teguh pada ibadahnya. Ibadah Puasa bukan hanya untuk bulan Ramadhan. Terdapat banyak lagi hari-hari lain yang sunat kita berpuasa. Contohnya 6 hari pada bulan Syawal, 10 hari pertama bulan Zulhijjah, setiap Isnin dan Khamis, hari pada pertengahan bulan Islam, juga pada bulan Muharram, Rejap, Sya’aban dan lain-lain. Tentang ibadah pembacaan Quran pula- adakah ibadah ini terus lenyap juga? Adakah pembacaan Quran hanya dilakukan pada bulan Ramadhan? Quran sebenarnya ialah mukjizat yang berterusan. Kita tidak sepatutnya meninggalkan Quran dengan berakhirnya Ramadhan. Kita perlu duduk mengaji setiap hari. Quran boleh menjadikan kita beristiqamah, InsyaAllah. Sebagai cadangan, luangkan 1 jam sehari bersama Quran – mungkin untuk belajar membaca dengan betul, baca maknanya, baca tafsir atau adakan program menghafal Al-Quran. Setelah beberapa lama, kamu boleh memanjangkan masa sejam ini kepada masa yang lebih lama. Apabila Allah membuka pintu RahmahNya untuk kamu, jangan melepaskan peluang tersebut. Mengikut satu riwayat, Urwah bin Zubayr membaca seperempat daripada Quran setiap hari, kemudian merenung maknanya. Suatu hari, kakinya terpaksa dipotong, jadi beliau meminta supaya kakinya dipotong ketika beliau tengah bersolat iaitu dalam keadaan beliau amat khusyuk. Beliau tidak pernah meninggalkan ibadah membaca seperempat daripada al-Quran selain pada malam kakinya dipotong – beliau pengsan selepas solat tersebut. Beliau benar-benar mengasihi al-Quran. Beliau berkata: “Alhamdulillah, Allah memberiku dua kaki. Allah hanya mengambil balik satu kaki. Allah memberikan aku 4 orang anak, dan hanya mengambil balik seorang. Inilah contoh manusia yang memahami apa yang dibaca setiap hari dalam al-Quran.

Qiyamullail

Teruskan ibadah Qiyamullail walaupun selepas Ramadhan. Bagaimana boleh terjadi seseorang yang telah menikmati kemanisan Qiamullail pada malam hari dan kemanisan merayu kepada Allah ketika sujud, kemudian kembali kepada keadaan asal? Menurut satu cerita, hassan Ibn Soleh pernah menjual seorang hamba perempuan kepada sebuah keluarga. Hamba sahaya tersebut mengejutkan keluarga tersebut pada malam hari sambil menjerit, “ Salaah! Salaah” (solat! Solat!). tuannya bertanya “ sudahkah tiba waktu fajar?” hamba perempuan tersebut lalu berkata, “ Tuan sekeluarga cuma mengerjakan solat fardhu sahaja”? Lalu hamba tersebut pulang kepada Hassan Ibn Soleh dan berkata, “ Tuan menjualkan saya kepada keluarga yang hanya mengerjakan solat fardhu. Ambillah saya kembali!”

Rasulullah dan para Salaf tidak pernah meninggalkan Qiamullail. Pada suatu hari ‘Ali r.a. mengimamkan solat. Setelah selesai solat, beliau pusing ke belakang mengadap jemaah. Wajahnya kelihatan sedih. Beliau berkata, beliau sering menghabiskan masa dengan Sahabat Rasulullah saw tetapi kini mereka sudah tidak kelihatan lagi (Beliau ketika itu sedang bercakap kepada para tabiin iaitu generasi yang pernah bertemu Sahabat Rasulullah saw). ‘Ali r.a. lalu berkata, sahabat Rasulullah saw berehat antara kaki dan dahi mereka! (maksudnya, mereka banyak mengerjakan solat umpama rehat bagi mereka kerana mereka berasa tenang ketika bersolat).

Sila ambil perhatian tentang amalan tidur awal. Nabi saw menasihatkan kita supaya terus tido awal selepas solat Isyak. Ini juga merupakan suatu kebiasaan yang baik dan sihat. Salah satu hadith yang menjelaskan kebaikan amalan tidur awal ini diceritakan oleh Abu Barzah al-Aslami yang mengatakan Nabi saw. Lebih suka melambatkan solat Isyak dan baginda tidak tidur sebelum itu atau bercakap-cakap selepas itu (hadith riwayat al-Bukhari).

Dengan demikian, dinasihatkan supaya kita terus menjalani ibadah Qiyamullail walaupun selepas bulan Ramadhan, IsyaAllah. Berdoalah agar Allah tetap merahmati kita dengan ibadah Qiamullail hingga ke hari kita bertemu denganNya.

Zikir

Teruskan amalan berzikir walaupun selepas Ramadhan.


Masjid

Kita sedia maklum bahawa hadith mengatakan wanita lebih baik bersolat di rumah. Walau bagaimanapun, Nabi saw pernah bersabda:

“ Jangan menghalang wanita mengunjungi masjid, walaupun rumah mereka lebih baik untuk mereka ”. (Abu Dawud). Jadi untuk membolehkan para wanita menghidupkan semula kemanisan berqiamullail pada bulan Ramadan, sekali sekala bolehlah mereka ke masjid untuk bersolat agar dapat mereka mengenang kembali pengalaman menikmati kemanisan mendengar secara langsung kuatnya bunyi azan, sambil banyak berdoa antara waktu bunyi azan dan iqaamah, dan juga smbil berdiri bersentuh bahu dan kaki dengan jemaah wanita lain dalamkeadaan iman, disamping perkara-perkara lain lagi.

Solat Nawafil

Selalulah amalkan solat nawafil. Solat tersebut boleh menjadi pelindung kepada kita.

Isti’aanah (mengharapkan pertolongan Allah)

Isti’anah terhadap Allah bermaksud bergantung harap terhadap Allah untuk mendapatkan kebaikan serta yakin Allah akan memberi kita apa yang dipinta. Kita perlu yakin kepada Allah. Sekiranya kita memohon kepada Allah tapi tidak yakin doa itu akan dimakbulkan, maka itu bukanlah isti’anah dan bukan ibadah.

Isti’anah berkait rapat dengan sifat tawakkal. Apakah kepentingan isti’anah dalam ibadah? Ia merupakan cara mencapai kebahagian di dunia.

Sebagai kesimpulan, pada asalnya, teruskan saja menjalankan sebarang amal salih yang dilakukan pada bulan ramadhan yang mulia. Selepas bulan Ramadhan, kita seharusnya berada dalam keadaan di mana kita boleh menolak bisikan syaitan dan kita mampu berkata, “ aku tidak mahu (mengikut syaitan), aku telah melindungi hatiku. Allah telah menyelamatkan aku pada bulan Ramadhan. Aku tidak akan kembali kepada kepada keadaan duku.” Di samping itu, selalulah bertaubat. Cepat-cepatlah bertaubat bila kita melakukan dosa.

Ya Allah, aku lemah. Engkau Maha Berkuasa. Ya Allah, bantulah aku menjalani hidup dengan cara yang disenangi olehMu

Berwaspadalah agar kita tidak kembali kepada cara hidup sebelum Ramadhan. Kehidupan kita tidak berakhir selepas berlalunya Ramadhan. Teruskanlah menyembah Tuhan yang disembah pada bulan ramadhan sepanjang tahun. Dialah Tuhan yang dihadapannya kamu menangis semasa bulan Ramadhan dan juga selepas bulan Ramadhan!


Cetak Halaman

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Al-Quran, Amal Salleh, Ibadah, Istiqamah, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam | Comments (0)

Ramadhan Berlalu Sudah.. Kini Apa Pula Susulannya?

October 9th, 2008

Ramadhan berlalu sudah. Kini apa pula susulannya?

Ramadhan datang dan Ramadhan berlalu.. sesetengah orang memperoleh manfaat. Sesetengahnya tidak… golongan mukmin sejati tentu akan merasa sayu dengan berlalunya ramadhan.

Sesetengah orang pula bergelut untuk mencapai matlamat Ramadhan. Ada yang tumpas dalam perjuagan, namun kembali bangkit dan terus menguatkan semangat. Kita semua dirahmati dalam bulan Ramadhan. Mereka yang tidak dirahmati tentunya mereka yang berbuat dosa pada bulan ramadhan.

Dalam bulan Ramadhan, jika kita melakukan apa yang disebutkan dalam tulisan yang lalu. Dari jauh lagi kita akan dapat mencium keharuman kehidupan golongan salihin yang terdahulu.

Menurut kata Shaikh Hussain Yaaqob, “Bila Ramadhan berlalu pergi, masjid-masjid kembali kosong.. sepi.. iaitu kembali kepada keadaan asal, dan hanya dikunjungi oleh mereka yang benar-benar mencintai masjid.

Kenapakah selepas Ramadhan, manusia kembali kepada kehidupan sebelum Ramadhan, iaitu berpatah balik ke belakang? Mereka telah pun menikmati kemanisan Qiyamullail (seperti solat terawih setiap malam dan banyak lagi solat sunat yang lain) dan juga kemanisan membaca Al-Quran (dengan banyak mengaji Al-Quran). Golongan manusia seperti ini sebenarnya bukan ahli ibadah yang sejati. Mereka hanya merupakan golongan yang mengikut orang lain, iaitu mereka melakukan ibadah sekadar ikut-ikutan.


Ketika mangkatnya Baginda Rasulullah s.a.w, Abu bakar pernah berkata, “dan kini kepada mereka yang menyentuh Muhammad s.a.w, pastinya sedar Muhammad s.a.w sudah meninggal dunia, namun bagi sesiapa yang menyembah Allah (Tuhan Nabi Muhammad) , Allah sentiasa hidup dan Allah tidak akan mati. Allah berfirman dalam surah Ali Imran (surah ke-3) ayat 144, “ Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang (yang mati atau terbunih). Jika demikian, jika ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir?, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun. Dan (sebaliknya), Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu), Ibn Abbas pernah berkata, “ Ya Allah, keadaan ketika itu seperti orang tidak pernah mendengar ayat Quran ini sehinggalah Abu Bakar membacanya sebagai peringatan. Lantas orang ramai mula membacanya sehingga tidak ada sesiapa pun yang tidak membacanya.”

Oleh itu, berdasarkan senario di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang hanya membesarkan Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan sudah berakhir. Sesiapa yang membesarkan (menyembah) Allah, sesungguhnya Allah Maha Besar! Tuhan yang sama disembah (padaNya kita mengabdiksn diri) ketika bulan Ramadhan dan juga di luar bulan Ramadhan. Begitulah pandangan hidup orang salih. Deen atau cara hidup kita seharusnya cara hidup beristiqamah. Kita membaca Fatihah dalam solat kita. Kita mohon ditunjukkan jalan yang lurus-iaitu siraatul mustaqeem. Dengan itu, sungguh tidak wajar sekiranya kita tidak tetap hati. Kita seharusnya keluar dari bulan Ramadhan dengan hati yang masih kasih pada ibadah. Sebagai perbandingan atau analogi: Sekiranya kita mengasihi anak-anak kita, kita tentu mahu meluangkan masa yang lebih bersama mereka. Dengan itu, mereka akan lebih kasih kepada kita.

Ibadah dalam bulan Ramadhan seharusnya menjadi seperti udara dan air kepada kita. Jangan bergelumang dengan tanah iaitu hal duniawi. Allah telah meningkatkan darjat kita pada bulan Ramadhan. Mengapa kita masih mahu terus menjadi hina dan bergulumang dengan dunia?? Dalam surah 16 ayat 92, Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya dengan kuat dan teguh: dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya untuk mencabul perjanjian yang telah dimeteraikan (sesama kamu disebabkan ada golongan yang lebih ramai daripada golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan yang demikian itu) iaitu, siapa yang mematuhi Allah serta memenuhi perjanjian dan siapa pula ingkar kepada Allah serta mencabuli perjanjian ; (Dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan)”.

Dengan demikian, janganlah menjadi seperti seseorang yang telah merombak/meleraikan benang yang telah dipintalnya menjadi pakaian, hingga kembali menjadi benang. Kenapa kita ingin melakukan sedemikian?? Kenapa kita ingin meleraikan apa yang telah dicapai pada bulan Ramadhan? Itu merupakan kurnian daripada Allah. Kita menangis, kita berdoa, kita banyak mengaji Quran dan kita banyak melakukan solat nawafil. Jadi kenapa harus kita meleraikan semua itu? Adakah semua ibadah itu semata-mata untuk berasa seronok pada ketika itu sahaja? Apa sebenarnya tujuan perlakuan ibadah itu? Adakah ia hanya suatu perjalanan hidup? Atau sekadar satu pengalaman? Seperti suatu era lain/pusat pelarian untuk mencari ketenangan, kemudian kembali kepada kehidupan biasa?

Pastinya kamu semua dirahmati dalam bulan Ramadhan (mengikut tahap yang berbeza-beza). Ibadah puasa, qiamulail, zikir, akhlak terpuji, pergaulan dengan golongan orang salih, bacaan al-Quran, semuanya merupakan nikmat besar daripada Allah swt. Apabila kita memperoleh rahmat, kita rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap rahmat yang diterima. Apa-apa yang tidak baik, elok diketepikan.

Kita tidak tahu siapa antara kita yang (ibadahnya) diterima pada bulan Ramadhan. Imam ‘Ali pernah berkata: Alangkah baik sekiranya kita ketahui siapa yang dirahmati (ibadahnya diterima) pada bulan Ramadhan. Bolehkah kita mengucapkan tahniah kepada mereka. Dan kepada mereka yang (ibadahnya) yang tidak diterima, kita ucapkan takziah. Perhatikan! Beliau menggunakan perkataan ‘takziah’- iaitu perkataan yang yang sama digunakan ketika berlaku kematian seseorang.

Sebarang kebaikan yang kita alami ketika bulan Ramadhan, memerlukan usaha agar ianya berkekalan. Para salaf (golongan salih yang terdahulu) sering berdoa selama 6 bulan selepas Ramadhan dengan doa yang berbunyi, “Ya Allah, terimalah amalan kami pada bulan Ramadhan yang lalu (mereka menangis dan merayu kepada Allah agar amalan mereka diterima).” Setelah itu, 6 bulan sebelum Ramadhan pula, mereka berdoa agar diizinkan Allah menikmati Ramadhan yang mendatang.

Hak dan tuntutan dalam agama bagaikan tali keledar dalam kereta. Sekiranya kita tergelincir (iman menurun), kita tidak terhempas dan memusnahkan diri sendiri!


Cetak Halaman

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Amal Salleh, Ibadah, Iman, Istiqamah, Panduan, Ramadan, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam | Comments (0)

  • Mybloglog


    Join My Community at MyBloglog!

  • Google FriendsConnect

  • Tweet.. Tweet..

    theroxy
    afiiliatetwt
    viraltweetboom
    NoahReagan
    chokilala
    yayanie
    syamimi97
    ismailnoh
    OhMelaka
    khaibiz
    ceriacikja
    MindFunk89
    nurhidayahisa
    kambenk
    methamitacela
    surirumah
    sura12
    khairul
    hersheyQ
    kiss_the_clouds
    rekaimpian
    hafizkhazali
    fahmiibrahim
    ada2aje
    missmissha
    Anidatahrim
    LeyaYahya
    hafizhamidun
    elmielmo
    zulfaizuddin
    Friends: 268 Followers: 145
  • Facebook

  • Count per Day

    • 35Visitors today:
    • 42Visitors yesterday:
    • 256Visitors last week:
    • 3717 Total visitors:
    • 0Visitors currently online:

 is using WP-Gravatar

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera

Twitter links powered by Tweet This v1.6.1, a WordPress plugin for Twitter.