Archive for the ‘Fatwa’ Category

Wahabi tidak pernah difatwakan sesat – Menteri

July 22nd, 2008

Thu | May 08, 08 | 2:44:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) – Kerajaaan mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa atau memutuskan bahawa fahaman Wahabi yang dipakai sebilangan umat Islam di negara ini sebagai sesat.
Demikian jawapan yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Zahid Hamidi (BN-Bagan Datok) kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baru) berhubung dengan fatwa terhadap golongan Wahabi.

Sungguhpun begitu beliau telah menyenaraikan beberapa nama tokoh ulama di negara yang terdiri daripada golongan Wahabi antaranya Ustaz Abdullah Yassin dan Ustaz Hussein Yee Abdullah.


Semenjak tahun 1985 sehingga 1998 sebanyak enam kali Muzakarah Kebangsaan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu golongan Wahabi beserta ‘pemuka-pemuka golongan’ itu dan kali terakhir ialah pada 30 Ogos 2007 di Putra Palace bertempat di Perlis bersama dengan Mufti Perlis Dato’ Dr Asri Zainul Abidin.

Mengemukakan soalan tambahan, Zulkifli berkata jika tidak pernah difatwakan sesat mengapa golongan Wahabi ini sentiasa diberi tekanan seperti dilarang memberi ceramah, mengadakan kuliah agama dan ada yang turut ditahan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri.

“Ustaz Abdullah Yassin pernah dua kali ditahan malah ada kes-kes mahkamah yang melibatkan golongan Wahabi ini. Atas alasan apa dikenakan tindakan sedemikian jika golongan ini tidak pernah difatwakan sesat?” soal Zulkifli.

Menjawab soalan, Zahid menyatakan tindakan tersebut adalah disebabkan golongan tersebut tidak turut serta dan ‘memasuki’ mana-mana mahzab dan sentiasa menjadikan persoalan ‘bidaah’ sebagai satu polemik yang mengundang rasa tidak senang pihak lain khususnya majoriti masyarakat Islam yang bermahzab Syafie.

Ahli Parlimen (PAS Baling Taib Azzamuddin mencelah dengan berpendapat bahawa mana-mana Mufti yang dilantik oleh Majlis Fatwa mahupun Jabatan Perdana Menteri mestilah menyelidiki latar belakang Mufti terseut terlebih dahului memandangkan masyarakt umat Islam di sini merupakan umat Islam yang berfahaman mahzab Syafie.

Bagaimanapun Zahid yang bersetuju dengan pandangan Taib meminta pihak yang ingin membincangkan isu golongan Wahabi mahupun masalah kilafiyah ini membawa isu di platform yang lain dan bukannya di Parlimen.

Petikan dari Harakah.. masuk sini untuk ke petikan


Cetak Halaman

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in As-Sunnah, Fatwa, Wahabi | Comments (1)

  • Mybloglog


    Join My Community at MyBloglog!

  • Google FriendsConnect

  • Tweet.. Tweet..

    theroxy
    afiiliatetwt
    NoahReagan
    viraltweetboom
    chokilala
    yayanie
    syamimi97
    OhMelaka
    ismailnoh
    ceriacikja
    khaibiz
    MindFunk89
    nurhidayahisa
    kambenk
    methamitacela
    surirumah
    sura12
    khairul
    hersheyQ
    rekaimpian
    kiss_the_clouds
    hafizkhazali
    fahmiibrahim
    Anidatahrim
    missmissha
    ada2aje
    LeyaYahya
    hafizhamidun
    zulfaizuddin
    elmielmo
    Friends: 268 Followers: 145
  • Facebook

  • Count per Day

    • 8Visitors today:
    • 42Visitors yesterday:
    • 234Visitors last week:
    • 3690 Total visitors:
    • 1Visitors currently online:

 is using WP-Gravatar

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera

Twitter links powered by Tweet This v1.6.1, a WordPress plugin for Twitter.