Archive for the ‘Haram’ Category

Kaedah Mengenali Bid’ah

December 9th, 2009

Sumber : darulkautsar.net

Ilmu Usul Bida`ah : Kaedah Untuk Mengecam

Dan Mengenal  pasti Bid`ah

Terjemahan :

MUHAMMAD HANIEF AWANG YAHAYA

1.1 Pendahuluan

1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida’

1.3 Sumber dan Hukum Usul al-Bid`ah

1.4 Hukum mempelajari

1.5 Karya-karya utama dalam ilmu ini

1.6 Kewajipan berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.

2.o Pentakrifan Bid’ah

2.1 Bid’ah dari segi bahasa

2.2 Bid’ah dari segi istilah

2.3 Mengapa kita pilih pendekatan yang kedua

2.4 Penggunaan perkataan bid’ah oleh Sayyidina Umar

2.5 Pembahagian bid’ah

3.0 Prinsip-prinsip tentang Bid’ah

Read the rest of this entry »

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Akidah, Artikel Pilihan, As-Sunnah, Dakwah, Dalil, Fakta, Haram, Hujah, Ibadah, Ilmu, Iman, Jihad, Kebenaran, Panduan, Pendapat, Pendirian Umat Islam, bid'ah | Comments (0)

Yang Haram Tetap Haram

December 9th, 2008

‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

“habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?”
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


?? ?????? ???? ????????? : ???? ???????? ??????? ???? ?????????? ???????????? ?????????? ?????? ???????? ?????? ? ???????? ?????? ??????? ?????? ??? ???? ???? ??? ??? ???? ??????? : ????????????? ???? ???????? ?????? ? ???? ???? ?????? ???????? ?????? ? ?????? ???????? ????? ? ???? ?????? ???????? ???? ?????? ???????????? ??? ?????? ??????? ????? ?????.



Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

?? ??? ??? ???? ??? ????

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian

Apa pendapat anda? fikir-fikirkanlah.

sumber dari

http://gigitankerengga.blogspot.com/


Cetak Halaman

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Artikel Pilihan, Haram | Comments (0)

  • Mybloglog


    Join My Community at MyBloglog!

  • Google FriendsConnect

  • Tweet.. Tweet..

    clickbanksubmit
    theroxy
    afiiliatetwt
    viraltweetboom
    NoahReagan
    chokilala
    yayanie
    syamimi97
    OhMelaka
    ismailnoh
    ceriacikja
    khaibiz
    MindFunk89
    methamitacela
    nurhidayahisa
    kambenk
    surirumah
    Anidatahrim
    missmissha
    sura12
    khairul
    hersheyQ
    rekaimpian
    kiss_the_clouds
    hafizkhazali
    fahmiibrahim
    ada2aje
    LeyaYahya
    hafizhamidun
    zulfaizuddin
    Friends: 267 Followers: 145
  • Facebook

  • Count per Day

    • 29Visitors today:
    • 33Visitors yesterday:
    • 248Visitors last week:
    • 3669 Total visitors:
    • 1Visitors currently online:

 is using WP-Gravatar

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera

Twitter links powered by Tweet This v1.6.1, a WordPress plugin for Twitter.