Archive for the ‘Kebenaran’ Category

WASIAT IBN ‘UMAR(Radhiallahu ‘Anhuma)

March 5th, 2010

Ada beberapa ulama menyangka bahawa pernah diriwayatkan dari Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma bahawasanya beliau berwasiat apabila beliau wafat (meninggal dunia) supaya dibacakan di atas kuburnya surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari surah al-Baqarah.  Athar dari Ibn ‘Umar inilah antara yang dijadikan hujjah oleh mereka yang menghalalkan perbuatan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah (al-Quran) atau bacaan bertahlil untuk arwah orang-orang yang telah mati.

Menurut penelitian para ulama hadis dan kalangan ulama Ahli sunnah wal Jamaah, ternyata athar dari Ibn ‘Umar ini adalah batil kerana bertentangan dengan amalan para sahabat radiallahu ‘anhum.  Athar ini juga didapati terlalu lemah dan syaaz (bertentangan dengan hadis sahih), maka athar ini tidak dapat diterima untuk dijadikan hujjah, menghalalkan amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran untuk arwah dan bertahlil beramai-ramai untuk orang mati sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam sejak sekian lama.

Riwayat ini juga tidak pernah diterima walaupun oleh seorang sahabat dan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana keterangan di bawah ini:

“Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn ‘Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah athar yang syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula sanadnya.  Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat.”[1]

Read the rest of this entry »

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Artikel Pilihan, As-Sunnah, Kebenaran, Kematian, Mudahkan Pendekatan Islam, Perintah Allah Dan Rasul | Comments (0)

HUKUM MENDOAKAN ORANG MATI

March 5th, 2010

Apa yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis, contoh yang boleh diambil dari perbuatan para sahabat dan amalan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj salaf hanyalah amalan berupa doa.  Sememangnya doa orang-orang beriman diterima oleh Allah dan akan sampai kepada orang yang telah mati jika si Mati itu beriman.  Namun berdoa yang dimaksudkan bukanlah dengan cara mentahlilkan, meyasinkan dan membacakan al-Quran beramai-ramai untuk si Mati sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang awam (orang-orang jahil) dan para pembuat bid’ah.

Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya dan dibolehkan apabila mencontohi sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat baginda atau amalan orang-orang Salaf as-Soleh.  Kemudian terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk diterima atau ditolak.  Penjelasan ini adalah bersandarkan kepada ayat-ayat di bawah ini:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami!  Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami”.

Read the rest of this entry »

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in As-Sunnah, Dakwah, Dalil, Kebenaran, Kematian, bid'ah | Comments (0)

  • Mybloglog


    Join My Community at MyBloglog!

  • Google FriendsConnect

  • Tweet.. Tweet..

    clickbanksubmit
    afiiliatetwt
    theroxy
    viraltweetboom
    NoahReagan
    chokilala
    yayanie
    syamimi97
    OhMelaka
    ismailnoh
    ceriacikja
    nurhidayahisa
    MindFunk89
    khaibiz
    kambenk
    surirumah
    methamitacela
    khairul
    sura12
    hersheyQ
    kiss_the_clouds
    rekaimpian
    hafizkhazali
    fahmiibrahim
    ada2aje
    missmissha
    LeyaYahya
    Anidatahrim
    hafizhamidun
    AlifAzizReal1
    Friends: 267 Followers: 144
  • Facebook

  • Count per Day

    • 5Visitors today:
    • 33Visitors yesterday:
    • 226Visitors last week:
    • 3645 Total visitors:
    • 0Visitors currently online:

 is using WP-Gravatar

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera

Twitter links powered by Tweet This v1.6.1, a WordPress plugin for Twitter.