Archive for the ‘Ramadan’ Category

Menyambut Kedatangan Ramadan

August 18th, 2009
Sudahkah kita persiapkan diri menghadapi Ramadan??
Apa yang harus kita buat? Ubahsuai rumah? Pastikan anak-anak berpakaian cantik? Sediakan permaidani merah?!! Tetamu terhormat kita ialah bulan yang mulia-bulan Ramadan. Kita perlu mengutamakan/mengagungkan tanda kebesaran Allah (syiar Allah), kemudianNya, berhijrah untukNya.
Jabir Ibn Abdillah berkata, “janganlah kita samakan hari-hari biasa kita dengan hari-hari puasa. Seharusnya ada perubahan sebaik sahaja kita melangkah ke bulan Ramadan.”

Apabila hilal Ramadan menjelma, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Maka, berubahlah sekiranya kita inginkan fadhilat Ramadan.

Sebagai persediaan menyambut Ramadan, kita perlu berhenti sejenak dan renungi… kita harus mengambil masa untuk rehat-masa untuk mencari ketenangan.

Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja Ramadan tiba?

1) Berhenti daripada melakukan dosa/maksiat

Kita mestilah berhati-hati agar tidak melakukan dosa di bulan Ramadan. Ulama & cerdik-pandai ada berkata, “ sesuatu perbuatan itu adalah dosa besar, maka meninggalkannya (perbuatan itu) akan memberi kita ganjaran yang lebih besar. “ contohnya, seorang wanita kaya lagi cantik menggoda seorang lelaki melakukan zina seraya lelaki itu berkata, “ aku takutkan Allah.” Maka ganjaran menjauhkan diri dari dosa itu adalah besar kerana godaan itu juga adalah besar. Sekiranya desakan untuk melakukan dosa itu kecil/lemah, seseorang itu masih juga melakukan dosa itu, maka ia akan mudah terjerumus dalam dosa yang besar. Ini adalah kerana dia gagal melawan diri dari melakukan dosa kecil, maka dosa kecil ini akan membawanya kepada melakukan dosa yang lebih besar. Sepatutnya, tinggalkan sahaja perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Terdapat beberapa umat di mana di Hari Kimat, Allah tidak pandang pada mereka mahupun berkata-kata-ini tanda kemurkaanNya – ini satu musibah besar – salah seorang daripadanya ialah seorang tua yang melakukan zina. Mengapa? Kerana dia sudah tua, sudah menikmatinya bertahun-tahun tetapi masih tidak dapat mengawal diri.

Di bulan Ramadan, segala penyumbang kepada dosa menjadi lemah dan kuranglah beban kita- iblis dirantai, nafsu disekat, ramai umat Islam melakukan amal jariah, masjid-masjid penuh, lebih ramai membaca Al-Quran. Dengan berpuasa, syaitan yang mengalir di dalam darah kita juga menjadi lemah (setiap orang mempunyanyai syaitan sebagai teman, dinamakan Qarin). Maka, apabila kita melakukan dosa, lebih beratlah kesannya.

Apabila terbit fajar, bermulalah puasamu seperti mana, takbir menandakan mula solatmu. Apabila terbit fajar, “ Janganlah kamu membiarkan hati kamu merayau-rayau-tumpukan kepada Allah, tumpukan kepada melakukan perkata-perkata yang mengembirakan Allah.” Andaikan anda berdiri di hadapan Allah yang Maha Mengetahui isi hatimu.

Analisa dosa-dosa yang mudah atau sering anda lakukan dan bertekad menghindarinya-renungkan dan bertindaklah sewajarnya.

Buatlah senarai dosa-dosa kamu

— dengan siapa kamu selalu mengumpat
— bagaimana kamu dapat menghentikannya
— siapa yang sering anda ditikam dari belakang
— bilakah bertindak demikian?
— bagaimana saya dapat elak dari berperasaan sedemikian?

2) Berhenti daripada berbual kosong dan berbalah di rumah

Sekiranya timbul situasi sedemikian, bincangkan isu itu selepas Ramadan. Setahun ada 365 hari, jadi ketepikan 29 hari di bulan Ramadan ini dan elak daripada berbual kosong. Perbalahan keluarga harus diselesaikan segera. Jika tiada penyelesaian, bolehlah masalah ini dibicarakan selepas Ramadan. Berusahalah menangani masalah ini. Jangan biarkan masalah keluarga menghalang kamu menambah keimanan di bulan Ramadan.

*** Jangan biarkan fikiran/jiwa kamu terganggu-berusahalah melapangkan fikiran/jiwa kamu sebelum Ramadan. Ada perkara lebih baik ditinggalkan, ada perkara yng harus diselesaikan. Timbulkan suasana kasih saying dan keakraban di Ramadan ini-agar kita dan setiap orang sekeliling kita dapat tumpukan perhatian pada bulan Ramadan. Jadikan saat-saat menjelang Ramadan waktu yang indah untuk semua. Adakan perjumpaan keluarga (family meeting ) untuk berbincang mengenai Ramadan. Sebagai sebuah keluarga, setiap ahli harus bersetuju :

a) Tinggalkan TV-tiada yang rugi jika tidak menonton TV sebulan ini. Beri imbuhan kepada anak-ank kecil-beritahu mereka tentang keistimewaan Ramadan. Sebagai contoh, buat carta di mana setiap ibadah yang mereka lakukan akan diberi pelekat bintang-bintang biru jika solat di masjud, bintang hijau jika puasa sehari, pelekat merah bila puasa berterusan 3 hari, dsb.

b) Jangan berjaga malam melainkan untuk beribadah. Tinggalkan permainan computer, PS2, melayari internet, di waktu malam, dsb.

c) Sebaik-baiknya, jangan adakan apa-apa jamuan/kenduri/keramaian di bulan Ramadan. Persediaan untuk jamuan amat memakan masa. Setiap detik di bulan Ramadan adalah berharga! Jika amat perlu, khususkan satu malam dan jemput semua kenalan sebagai tanda ‘ulf’-kasih antara muslim. Sekiranya suami masih hendak mengadakan jamuan, buatlah… demi untuk membahagiakan suami, kerana ini bermakna kamu mendapat keredhaan Allah.

d) Pastikan juga tiada muzik di rumah, di dalam kereta atau di mana sahaja.

3) Kita perlukan saat-saat ketenangan & kedamaian sesame rakan sekerja.

Lupakan dan maafkan, ketepikan atau selesaikan isu yang masih ada. Bertolak ansur isu duniawi demi untuk Deen (agama) kerana kamu hendak meraih ‘hadiah besar’ di bulan Ramadan! Apa salahnya jika kamu beralah-kamu dinilai mengikut niat dan tindakan kamu.

**Yang perlu diutamakan di bulan Ramadan-ketepikan perkara-perkara remeh. Contohnya, jika suami pulang lewat malam, jangan diadkan isu, berkatalah di dalam hati: “suami pulang lewat, Alhamdulillah, lebih masa untukku beribadah di bulan Ramadan ini.!”

Jangan menyambut Ramadan ini dengan perasaan benci kepada sesiapa dan jangan biarkan sesiapa mempunyai perasaan negative terhadap kamu. Sambutlah Ramadan dengan hati dan minda yang suci-berdoalah agar Allah kurniakan ini pada kamu. Doakan juga untuk umat islam sejagat.. mohon petunjuk dan keampunan Allah untuk mereka.

Bersihkan diri kamu daripada kesalahan, kebencian-mahukah kamu mengambil pahala daripada saudara-saudara kamu? Ganjaran memaafkan seseorang itu lebih besar daripada ganjaran mengambil pahalanya. Contohnya, apabila Nabi Yusuf alayhisallam memaafkan saudara-saudaranya. Beliau tidak boleh mengungkit perkara yang telah berlaku tetapi beliau memaafkan mereka. Malah beliau membela saudara-saudanya dengan mengatakan syaitan telah memainkan peranan dalam memecah belahkan beliau dan saudara-saudaranya. Kemaafan itu adalah yang terbaik-secara ‘total’. Walaupun di dalam hati masih terasa sakitnya tetapi lebih baik memaafkan. Keampunan dari Allah adalah lebih hebat daripada ini. Tidakkah kamu ingginkannya? Jika kamu inginkan keampunan Allah, maka maafkanlah saudara-saudara kamu. Kemaafan adalah soal hati dan amatlah susah melakukannya.. melainkan jika kamu benar-benar inginkan keredhaan Allah.

4) Berhenti daripada makan terlalu banyak!

Ramadan bukan bulan makan dan tidur sahaja. Bersederhanalah dalam hal makan. Terlalu banyak makan akan menjadikan seseorang itu malas, lebih tidur dan kurang beribadah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Anak Adam tidak akan memenuhi bahtera lebih banyak daripada perutnya sendiri-penuhkan dengan 1/3 udara, 1/3 makanan 1/3 air.”

***saudari saudari! Berhenti daripada memasak yang rumit! Masak secara rinkas, makan secara ringkas di bulan Ramadan. Disarankan, sebelum Ramadan, masaklah makanan yang boleh disimpan lama atau dibekukan.

5) Berhenti daripada bercakap banyak!

Sheikh Hussain Yaaqob berkata, “di bulan ramadan ini, tolong tutup mulut! Cakap hanya jika perlu! Berpuasa adalah satu ibadah seperti solat.” Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Sesiapa yang percayakan Allah dan hari kiamat, harus kurangkan bercakap.” Jika sukar untuk berbuat demikian, berlatih mengurangkannya di Ramadan ini.

***Ketahuilah, setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita adalah ganjaran ataupun hukuman kepda kita-fikirkan. Malaikat Munkar atau Nakir yang menulis!.

Apabila kita bercakap tanpa berfikir, keadaan ini mengundang berlakunya sesuatu yang buruk, salah atau berdosa. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Sesiapa yang berdiam diri lebih selamat-ambil sikap seperti ini. Allah mencipta satu lidah dan dua telinga ada sebabnya-kurangkan bercakap, lebihkan mendengar!

Rasulullah s.a.w bersabda; “terlalu banyak ketawa akan memtikn hati anda.” Sama juga apabila kita bercakap terlalu banyak, bersosial terlalu banyak-awasilah tingkah laku kamu.
—Jauhkan kaum wanita daripada telefon
—Kaum lelaki jangan bersembang di masjid
—hindarkan perbualan panjang kerana ini akan membawa kepada perbualan yang tidak bersuaian.
—Kurangkan mengguna telefon
—Gunakan talifon untuk ibadah seperti memberi nasihat, menanya
khabar emak atau saudara yang sakit, dsb.

6) Rehatkan katil kamu!

Tidur itu nikmat daripada Allah. Namun, sekiranya terlebih tidur, menjadi musibah! Ramadan bukan masa untuk tidur.

Al kisah seorang salaf berhenti di rumah seorang rakan pada suatu malam di bulan Ramadan. Rakannya sedang tidur. Dia bertanya kepadanya, “ Apa yang kamu buat di sini pada waktu lewat ini?” salaf itu pun berkata: “ Apa pula yang kamu buat-tidur pada waktu lewat malam di bulan Ramadan?

Di bulan Ramadan, sekiranya mampu, elakkan dari tidur malam melebihi 4 jam. Sekiranya perlu, tidurlah sebentar di tengah hari.

Waktu antara zohor dan asar merupakan waktu yang kurang produktif kerana pada masa itu kita terlalu letih dan lapar. Tidurlah sebentar. Semuanya bergantung kepada ketahanan tubuh badan kamu-berapa jam tidur yang mencukupi. Kajian menunnjukkan pelajar-pelajar boleh tidur hanya 2 jam ketika waktu peperiksaan akhir. Ada pula diantara mereka yang tidak tidur langsung kerana hendak mendapat keputusan cemerlang. Ramadan hanya sebulan. Kamu boleh melatih tubuh kamu untuk kurangkan tidur.

Semua di atas boleh dilakukan jika kamu ada tujuan yang khusus (matlamat) untuk meraih sebanyak mungkin nikmat & keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.

Apabila ‘nafsu’ memanggil kamu tidur atau mula merasa malas, tutup mata kamu dan bayangkan hidup DI JANNAH.. SYURGA, pastinya kamu tidak tergamak untuk buang masa-tiada waktu untuk tidur, tiada waktu untuk bercakap kosong, tiada waktu untuk membuat kuih, tiada waktu untuk membeli baju raya.. Jannah lebih kekal dan kita perlu usaha keras untuk ke Jannah!

***Carilah kawan yang ikhlas dan mempunyai ‘himmah yang tinggi’ (motivasi dan kecekalan) yang saling mengingati dan saling membantu, misalnya berkongsi zikir dan doa yang baru dipelajari, berlumba-lumba membaca Al-Quran bukan kerana ‘riak’ tetapi berusaha menghabiskan bacaan Al-Quran di bula Ramadan. Inilah nikmah mempunyai rkan-rakan yang sedemikian. Sesungguhnya, syaitan akan menjauhkan kita daripda orang-orang yng beriman. Bersabarlah dan terus mendmpangi mereka.

Firman Allah di dalam di dalam Surah Kahfi : 28 yang bermaksud “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhnnya dipagi dan petang dengan mengharap keredhaanNya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu telah melampaui batas”. Ada di antara teman kita yang akan mengingati kita akan jualan murah di gedung-gedung, ada yang akan beri resepi baru, ada ingatkan kita itu & ini (perkara remeh) –kawan seperti inikah yang kita mahukan untuk meningkatkan iman kita? Pilihlah.. carilah, dampingilah kawan yang akan membantumu ke jalan yang lurus menuju syurga Al Firdaus…

7) Jauhi daripada dikelilingi manusia!

Lazimnya di bulan Ramadan, perkara-perkara yang bertentangan yang berlaku iaitu kita lebih kerap dijemput orng kerana kita ada majlis buka puasa. Setelah berbuka ada yang langsung berbual hingga tertinggal terawih di masjid. Ada yang memberi alasan akan solat di rumah tetapi setelah tiba di rumah, mula rasa letih & mengantuk… tidur.. Waspada! Apa pula bahan perbualan… Elok kita jauhi orang-orang yang suka bercakap mengenai perkara-perkara duniawi yang remeh. Contohnya : dah buat kueh apa, tolong beri resepi itu & ini, di mana ada jualan murah, dsb.

Kebanyakan orang akan menghalang kita daripada melakukan amalan soleh. Berwaspadalah! Jika perlu berurusan dengan masyarakat, lakukanlah secara ringkas. Mereka yang teguh beribadah akan membawa kamu lebih dekat dengan Allah. Renungkan kelemahan diri kamu; dengan siapa kamu nerkawan; jauhi perkara-perkara yang boleh dijauhi-perkara remeh. Tutuplahh talifon melinkan untuk beribdah seperti menanya khabar ibu, saudara yang sakit, berkongsi zikir atau doa yang baru dipelajari, dsb.

8) Kita perlu waktu ketenangan bersama keluarga di bulan Ramadan-eratkan silaturahiim.

Kamu harus berfikiran tiada sesiapa yang membenci atau ada masalah dengan kamu. Jika masih ada yang berperasaan sedemikian-tinggalkanlah. Curahkan kasih sayang, kebahagian & kemesraan kepada mereka yang rapat dengan kamu. Bagaimana? Mungkin dengan memberi mereka hadiah, membahagiakan mereka. Mengapa? Agar hati dan jiwa kita tidak runsing dan berserabut di bulan Ramadan kelak. Jika boleh, selesaikan segala masalah dan urusan dengan mereka. Dengan minda yang lapang, InsyaAllah, kamu boleh tumpukan hati dan jiwa kepada Allah di Ramadan. Lakukan dengan ikhlas-jangan harapkan balasan untuk perkara baik yang anda lakukan. “izzah’ hak Allah, Allah yang menentukanNya.

9) Hentikan aktiviti di luar rumah-baik kaum lelaki mahupun kaum wanita!

Kurangkan aktiviti luar dari sekarang (bulan Rejab & Syaaban). Belilah barang-barang keperluan dapur (barang kering) untuk sebulan Ramadan. Dengan ini, kamu hnya perlu mengambil masa singkat di luar rumah pada bulan Ramadan untuk membeli barang-barang segar. Jika ada khidmat penghantaraan rumah, ini akan mengurangkan masa membeli belah. Belilah barang-barang Eid (raya) sebelum ramadn.

10) Rehatkan minda dan jiwa daripada perkara duniawi.

Jangan fikirkan tentang membeli belah untuk Eid (raya). Yang penting ialah merebut keberkatan bulan Ramadan bukan hari raya! Kita menyambut hari raya setelah berjaya laksanakan amal ibadah di rmadan & berjaya meraih nikmat bulan Ramadan.

Bagaimana perkara-perkara di atas boleh dilakukan?

a) Tumpukan perhatian kepada bekalan akhirat dan ibadah kita.
b) Fikirkan amalan yang hendak dilakukan hari ini, misalnya ‘aku belum baca zikir ini.. hari ini tumpuanku ialah untuk membaca zikir ini…’jangan biarkan diri kita leka.
c) Fikirkan cara mendapat khushoo dalam solat.
d) Fikirkan cara-cara kamu boleh membntu dan berbakti kepada umat islam di Ramadan seperti menolong seseorang atau kaum keluarga lain. Kisah khalifah Abu Bakar r.a telah menolong menyusukan kambing-kambing penduduk. Umar r.a pergi ke rumah seorang wanita tua lagi lemah untuk menghulurkan bantuan. Tetapi seseorang telah lebih dahulu membuat kerja-kerja itu. Siapakah yang lebih dahulu membersih rumah wanita tua itu, mengisi jag air, dsb? pastinya Abu Bakar r.a!
e) Bayangkan api neraka.. bayangkan hingga kamu rasa ngeri & takut. Kemudian bayangkan Jannah di mana kamu bertemu Rasulullah saw, kemudian kamu bertemu isteri Baginda Aisyah r.a, dll, rakan-rakan sekelas kamu, saudara-saudara yang kamu cintai. Kamu akan bertemu Allah setiap hari manakala mereka yang lain hanya menemuiNya sekali seminggu… semuanya berlaku di syurga Al Firdaus.
f) Apa akan berlaku sekiranya kamu berpindah ke Negara lain, Bandar lain? Agamamu, imanmu tidak bergantung pada seorang shaja, cari di dalam diri kamu apa yang Allah telah berikan-bimbingan, hidayah hanya dari Allah. Apabila kamu mula memikirkan JANNAH, segala yang lain hanya perkara kecil.
g) Bayangkan kamu khushoo mengerjakan solat-apa rasanya? Apabila kamu membaca surah Al-Quran di dalam solat dan kamu memahami mksudnya-kamu akan menangis apabila membaca surah-surah yang memuji Allah.

Bgaimana Quran boleh menaikkan martabat kamu? Ramadan ialah bulan latihan, maka tumpukan pada apa yang kamu mahu. Seorang imam di Masjid Ibn Taimiyyah, di United Arab Emirated membuat doa dalam solat witir : “Ya Allah, jadikanlah remaja MuslimMu sibuk dengan cita-cita dan aspirasi tinggi dan janganlah biarkan biarkan mereka leka dengan perkara-perkara duniawi yang remeh”

11) Banyakkan bersedekah

Beri lebih banyak sedekah-infaq, infaq dan infaq lagi! Rasulullah saw sangat pemurah di bulan Ramadan. Para sahabat berkata bahawa Rasulullah saw bersedekah bagaikan angina bertiup-tidak terkira banyaknya. Jangan kedekut-bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh buah tamar. Beri dalam senyap sebanyak yang mungkin-lebih baik tidak diketahui orang.

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Matlamat Kita dalam Bulan Ramadhan, Menyambut Kedatangan Ramadan, Puasa, Ramadan, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam | Comments (0)

Ramadhan Berlalu Sudah.. Kini Apa Pula Susulannya?

October 9th, 2008

Ramadhan berlalu sudah. Kini apa pula susulannya?

Ramadhan datang dan Ramadhan berlalu.. sesetengah orang memperoleh manfaat. Sesetengahnya tidak… golongan mukmin sejati tentu akan merasa sayu dengan berlalunya ramadhan.

Sesetengah orang pula bergelut untuk mencapai matlamat Ramadhan. Ada yang tumpas dalam perjuagan, namun kembali bangkit dan terus menguatkan semangat. Kita semua dirahmati dalam bulan Ramadhan. Mereka yang tidak dirahmati tentunya mereka yang berbuat dosa pada bulan ramadhan.

Dalam bulan Ramadhan, jika kita melakukan apa yang disebutkan dalam tulisan yang lalu. Dari jauh lagi kita akan dapat mencium keharuman kehidupan golongan salihin yang terdahulu.

Menurut kata Shaikh Hussain Yaaqob, “Bila Ramadhan berlalu pergi, masjid-masjid kembali kosong.. sepi.. iaitu kembali kepada keadaan asal, dan hanya dikunjungi oleh mereka yang benar-benar mencintai masjid.

Kenapakah selepas Ramadhan, manusia kembali kepada kehidupan sebelum Ramadhan, iaitu berpatah balik ke belakang? Mereka telah pun menikmati kemanisan Qiyamullail (seperti solat terawih setiap malam dan banyak lagi solat sunat yang lain) dan juga kemanisan membaca Al-Quran (dengan banyak mengaji Al-Quran). Golongan manusia seperti ini sebenarnya bukan ahli ibadah yang sejati. Mereka hanya merupakan golongan yang mengikut orang lain, iaitu mereka melakukan ibadah sekadar ikut-ikutan.


Ketika mangkatnya Baginda Rasulullah s.a.w, Abu bakar pernah berkata, “dan kini kepada mereka yang menyentuh Muhammad s.a.w, pastinya sedar Muhammad s.a.w sudah meninggal dunia, namun bagi sesiapa yang menyembah Allah (Tuhan Nabi Muhammad) , Allah sentiasa hidup dan Allah tidak akan mati. Allah berfirman dalam surah Ali Imran (surah ke-3) ayat 144, “ Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang (yang mati atau terbunih). Jika demikian, jika ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir?, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun. Dan (sebaliknya), Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu), Ibn Abbas pernah berkata, “ Ya Allah, keadaan ketika itu seperti orang tidak pernah mendengar ayat Quran ini sehinggalah Abu Bakar membacanya sebagai peringatan. Lantas orang ramai mula membacanya sehingga tidak ada sesiapa pun yang tidak membacanya.”

Oleh itu, berdasarkan senario di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang hanya membesarkan Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan sudah berakhir. Sesiapa yang membesarkan (menyembah) Allah, sesungguhnya Allah Maha Besar! Tuhan yang sama disembah (padaNya kita mengabdiksn diri) ketika bulan Ramadhan dan juga di luar bulan Ramadhan. Begitulah pandangan hidup orang salih. Deen atau cara hidup kita seharusnya cara hidup beristiqamah. Kita membaca Fatihah dalam solat kita. Kita mohon ditunjukkan jalan yang lurus-iaitu siraatul mustaqeem. Dengan itu, sungguh tidak wajar sekiranya kita tidak tetap hati. Kita seharusnya keluar dari bulan Ramadhan dengan hati yang masih kasih pada ibadah. Sebagai perbandingan atau analogi: Sekiranya kita mengasihi anak-anak kita, kita tentu mahu meluangkan masa yang lebih bersama mereka. Dengan itu, mereka akan lebih kasih kepada kita.

Ibadah dalam bulan Ramadhan seharusnya menjadi seperti udara dan air kepada kita. Jangan bergelumang dengan tanah iaitu hal duniawi. Allah telah meningkatkan darjat kita pada bulan Ramadhan. Mengapa kita masih mahu terus menjadi hina dan bergulumang dengan dunia?? Dalam surah 16 ayat 92, Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya dengan kuat dan teguh: dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya untuk mencabul perjanjian yang telah dimeteraikan (sesama kamu disebabkan ada golongan yang lebih ramai daripada golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan yang demikian itu) iaitu, siapa yang mematuhi Allah serta memenuhi perjanjian dan siapa pula ingkar kepada Allah serta mencabuli perjanjian ; (Dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan)”.

Dengan demikian, janganlah menjadi seperti seseorang yang telah merombak/meleraikan benang yang telah dipintalnya menjadi pakaian, hingga kembali menjadi benang. Kenapa kita ingin melakukan sedemikian?? Kenapa kita ingin meleraikan apa yang telah dicapai pada bulan Ramadhan? Itu merupakan kurnian daripada Allah. Kita menangis, kita berdoa, kita banyak mengaji Quran dan kita banyak melakukan solat nawafil. Jadi kenapa harus kita meleraikan semua itu? Adakah semua ibadah itu semata-mata untuk berasa seronok pada ketika itu sahaja? Apa sebenarnya tujuan perlakuan ibadah itu? Adakah ia hanya suatu perjalanan hidup? Atau sekadar satu pengalaman? Seperti suatu era lain/pusat pelarian untuk mencari ketenangan, kemudian kembali kepada kehidupan biasa?

Pastinya kamu semua dirahmati dalam bulan Ramadhan (mengikut tahap yang berbeza-beza). Ibadah puasa, qiamulail, zikir, akhlak terpuji, pergaulan dengan golongan orang salih, bacaan al-Quran, semuanya merupakan nikmat besar daripada Allah swt. Apabila kita memperoleh rahmat, kita rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap rahmat yang diterima. Apa-apa yang tidak baik, elok diketepikan.

Kita tidak tahu siapa antara kita yang (ibadahnya) diterima pada bulan Ramadhan. Imam ‘Ali pernah berkata: Alangkah baik sekiranya kita ketahui siapa yang dirahmati (ibadahnya diterima) pada bulan Ramadhan. Bolehkah kita mengucapkan tahniah kepada mereka. Dan kepada mereka yang (ibadahnya) yang tidak diterima, kita ucapkan takziah. Perhatikan! Beliau menggunakan perkataan ‘takziah’- iaitu perkataan yang yang sama digunakan ketika berlaku kematian seseorang.

Sebarang kebaikan yang kita alami ketika bulan Ramadhan, memerlukan usaha agar ianya berkekalan. Para salaf (golongan salih yang terdahulu) sering berdoa selama 6 bulan selepas Ramadhan dengan doa yang berbunyi, “Ya Allah, terimalah amalan kami pada bulan Ramadhan yang lalu (mereka menangis dan merayu kepada Allah agar amalan mereka diterima).” Setelah itu, 6 bulan sebelum Ramadhan pula, mereka berdoa agar diizinkan Allah menikmati Ramadhan yang mendatang.

Hak dan tuntutan dalam agama bagaikan tali keledar dalam kereta. Sekiranya kita tergelincir (iman menurun), kita tidak terhempas dan memusnahkan diri sendiri!


Cetak Halaman

Share on Facebook

Post to Twitter Post to Plurk Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Ping.fm Post to Reddit Post to StumbleUpon

Posted in Amal Salleh, Ibadah, Iman, Istiqamah, Panduan, Ramadan, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam | Comments (0)

  • Mybloglog


    Join My Community at MyBloglog!

  • Google FriendsConnect

  • Tweet.. Tweet..

    theroxy
    afiiliatetwt
    viraltweetboom
    NoahReagan
    chokilala
    yayanie
    syamimi97
    ismailnoh
    OhMelaka
    khaibiz
    ceriacikja
    MindFunk89
    nurhidayahisa
    kambenk
    methamitacela
    surirumah
    sura12
    khairul
    hersheyQ
    kiss_the_clouds
    rekaimpian
    hafizkhazali
    fahmiibrahim
    ada2aje
    missmissha
    Anidatahrim
    LeyaYahya
    hafizhamidun
    elmielmo
    zulfaizuddin
    Friends: 268 Followers: 145
  • Facebook

  • Count per Day

    • 35Visitors today:
    • 42Visitors yesterday:
    • 256Visitors last week:
    • 3717 Total visitors:
    • 0Visitors currently online:

 is using WP-Gravatar

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera

Twitter links powered by Tweet This v1.6.1, a WordPress plugin for Twitter.